Wednesday, December 9, 2020
Friday, January 24, 2014
Besu lesu
Pada ahad yang lepas (19/01/2014) penglipur pulang ke kampung untuk menghantar barangan adik yg telah menamatkan pembelajaran beliau (MESTeCH).
Trip pulang ke kampung kali ini menjadi serampang 3 mata iaitu
1. Menghantar barang adik
2. Hal peribadi (doakan penglipur)
3. Memancing di Jeram Besu,Raub
Apabila sampai di Jeram Besu, hati penglipur berkobar2. Bersemangat juang. Target utama Serigala Sungai.
Kami teruskan dgn aktiviti casting. Namun malang nya tiada rezeki penglipur setelah setengah jam mencasting. Akan tetapi adik penglipur berjaya pula mendapatkan 2 ekor Serigala di sini.
Wednesday, December 25, 2013
Pancingan Alam
Apa khabar semua warga rimba sekalian.. Sempena cuti krismas penglipur cuba mengisi masa lapang dengan pergi memancing bersama adik.
Namun sedikit kekecewaan melanda hati penglipur. Keadaan tasik yang di duga oleg penglipur sangat daif keadaannya. Sampah sarap di merata-rata tempat seolah tiada yang menjaga kebersihan kawasan ini.
Ini menunjukkan mentaliti penghuni rimba k***** j*** amat rendah. Ini adalah tasik awam yang seharus nya dijaga bersama-sama demi kepentingan orang ramai. Namun sikap lepas tangan terutama golongan pemancing yang membuang sampah merata sera tidak mengemas kawasan tasik amat mengecewakan.
Pihak berkuasa juga tidak memainkan peranan mereka. Sepatutnya suatu gotong - royong membersihkan tasik harus dilaksanakan. Tapi sebaliknya tasik ini terbiar begitu sahaja.
Penglipur menyeru agar ada suatu tindakan di ambil bukan sekadar di tasik ini malahan di mana-mana sahaja tasik di Malaysia agar dijaga dengan rapi. Tidak hanya pada pihak penguatkuasa malahan turut kepada semua penghuni rimba sekalian.
Menjaga kebersihan mencerminkan perwatakan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)