Friday, January 24, 2014

Besu lesu

Pada ahad yang lepas (19/01/2014) penglipur pulang ke kampung untuk menghantar barangan adik yg telah menamatkan pembelajaran beliau (MESTeCH).

Trip pulang ke kampung kali ini menjadi serampang 3 mata iaitu
 1. Menghantar barang adik
 2. Hal peribadi (doakan penglipur)
 3. Memancing di Jeram Besu,Raub

Apabila sampai di Jeram Besu, hati penglipur berkobar2. Bersemangat juang. Target utama Serigala Sungai.

Kami teruskan dgn aktiviti casting. Namun malang nya tiada rezeki penglipur  setelah setengah jam mencasting. Akan tetapi adik penglipur berjaya pula mendapatkan 2 ekor Serigala di sini.

Ya.. Ini lah Serigala yang di maksudkan itu. Dengan ini trip Jeram Besu secara tak langsung nya berjaya.