Wednesday, December 25, 2013

Pancingan Alam

Apa khabar semua warga rimba sekalian.. Sempena cuti krismas penglipur cuba mengisi masa lapang dengan pergi memancing bersama adik. 
Namun sedikit kekecewaan melanda hati penglipur. Keadaan tasik yang di duga oleg penglipur sangat daif keadaannya. Sampah sarap di merata-rata tempat seolah tiada yang menjaga kebersihan kawasan ini. 

Ini menunjukkan mentaliti penghuni rimba  k***** j*** amat rendah. Ini adalah tasik awam yang seharus nya dijaga bersama-sama demi kepentingan orang ramai. Namun sikap lepas tangan terutama golongan pemancing yang membuang sampah merata sera tidak mengemas kawasan tasik amat mengecewakan.

Pihak berkuasa juga tidak memainkan peranan mereka. Sepatutnya suatu gotong - royong membersihkan tasik harus dilaksanakan. Tapi sebaliknya tasik ini terbiar begitu sahaja.

Penglipur menyeru agar ada suatu tindakan di ambil bukan sekadar di tasik ini malahan di mana-mana sahaja tasik di Malaysia agar dijaga dengan rapi. Tidak hanya pada pihak penguatkuasa malahan turut kepada semua penghuni rimba sekalian. 

Menjaga kebersihan mencerminkan perwatakan anda.

Monday, December 23, 2013

Hujan, Banjir, Kering

Salam warga rimba sekalian...

Bagaimana sekiranya malaysia di landa bencana? 
Penglipur mengambil contoh keadaan di kuantan pada minggu lalu.. 
Bagaimana bersatu padu nya rakyat negara ini membantu mangsa banjir walaupun dalam ekonomi negara yang agak menyakitkan dompet masing-masing.

Penglipur tabik spring kepada semua yang membantu. Anda semua memiliki hati yang mulia dengan tidak hanya berpeluk tubuh di rumah masing-masing.

Ini membuktikan sekiranya berlaku apa-apa pada negara ini, rakyat mampu bertindak sendiri dengan pantas tanpa menunggu pertolongan kerajaan.

Sekian.

Sunday, December 22, 2013

Hidup kembali bagai sang zombie

Akan setelah lama penglipur meninggalkan blog ini, terdetik hati untuk menulis kembali.. Akan tetapi post terdahulu dipadamkan kerana ada bagus nya ini menjadi a fresh starter untuk penglipur.. Sepanjang kehilangan penglipur di sini pelbagai telah ditempuhi.. Maka akan penglipur suratkan perjalanan didalam blog ini agar penduduk rimba konkrit dapat melihat apa yang tersirat dan mengambil pedoman.. Sekian berjumpa lagi di post yang akan datang... Assalamualaikum..